Pemegang Unit yang dihormati,
Kami ingin memaklumkan secara rasmi bahawa nombor talian am BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment) akan ditukar, berkuat kuasa mulai 10 Februari 2025. Pertukaran ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memastikan komunikasi yang lebih efektif dengan semua pihak.
Nombor talian am baharu kami ialah 03-27071533. Kami mohon agar anda mengemas kini rekod anda dengan maklumat terkini.
Harap maklum bahawa nombor talian am sedia ada akan terus beroperasi sehingga 30 April 2025. Selepas tarikh tersebut, panggilan yang dibuat ke nombor berkenaan tidak akan disambungkan ke pejabat kami.
Sekiranya anda memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi nombor baharu yang akan berkuat kuasa mulai 10 Februari 2025, atau e-mel kepada kami di marketing.bimbinvest@bankislam.com.my
Sokongan dan kepercayaan anda amat dihargai. Terima kasih.
- Terbaik dalam E, S & G (Emas)
- Dana Terbaik Berdasarkan Kelas Aset - Peruntukan (Perak)
BACA LEBIH LANJUT
BACA LEBIH LANJUT
Pihak Pengurusan BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment) ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan penipuan pelaburan yang dipromosikan di mana-mana laman media sosial yang mengandungi nama BIMB Investment atau Bank Islam Malaysia Berhad, berserta logo korporat sebagai gambar profil. Individu-individu ini akan menyamar sebagai Perunding Unit Amanah untuk mempromosikan beberapa pakej dan testimonial pelaburan.
Hubungi Perunding Unit Amanah Berdaftar kami; atau
(sahkan status mereka dengan menghubungi kami di 1800-88-1196 atau emel ke marketing.bimbinvest@bankislam.com.my)
Muat turun Aplikasi BEST oleh BIMB Investment di AppStore atau PlayStore
Sila ambil maklum bahawa Pejabat BIMB Investment Johor beralamat di No 33B, Jalan Indah 15/2, 2nd Floor, Taman Bukit Indah, 79100, Nusajaya, Johor ditamatkan operasi berkuatkuasa pada 31 Januari 2024.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di +603-21612524 (Talian Am) / 1800-88-1196 (Talian Bebas Tol) atau e-mel ke marketing.bimbinvest@bankislam.com.my
Terima kasih.
BIMB Investment Management Berhad