Jawatankuasa Pelaburan
Jawatankuasa pelaburan mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun atau apabila diperlukan oleh Pengurus.
Khairul Muzamel Perera Abdullah
Pengerusi – Ahli Bukan Bebas
Encik Khairul dilantik menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Pelaburan BIMB Investment pada Julai 2015 sebagai Ahli Bukan Bebas, dan seterusnya sebagai Ahli Bebas selepas bersara sebagai Ketua Pegawai Kredit Kumpulan dari Bank Islam pada 13 Oktober 2022. Beliau menyertai Bank Islam pada tahun 2009 sebagai Penolong Pengurus Besar Pengurusan Risiko. Sebelum itu, beliau merupakan Naib Presiden Hutang Korporat di Malaysian Rating Corporation Berhad.
Encik Khairul merupakan ahli Institute of Chartered Secretaries & Administrators, London dan ahli bertauliah Institut Chartered of Islamic Finance Professionals, Malaysia.
Mohd Radzuan Ahmad Tajuddin
Ahli Bebas
Encik Mohd Radzuan dilantik sebagai Ahli Bebas Jawatankuasa Pelaburan BIMB Investment pada 27 November 2017. Beliau pernah menjadi Ketua Pembangunan, Pasaran Modal Islam dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan kanan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam kewangan korporat, pasaran bon dan sukuk, pendedahan prospektus dan pasaran modal Islam.
Encik Mohd Radzuan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan & Pemasaran, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dato’ Seri Dr. Mohamad Zabidi Ahmad
Ahli Bebas
Dato’ Seri Dr. Mohamad Zabidi dilantik sebagai Ahli Bebas Jawatankuasa Pelaburan BIMB Investment pada 1 Disember 2022. Beliau dilantik menjadi sebahagian daripada Lembaga Pengarah BIMB Investment pada Oktober 2021. Beliau mempunyai pengalaman selama 38 tahun di dalam industri perbankan terutamanya dalam Perbendaharaan Kumpulan. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah Pengarah Urusan Kanan dan Ketua Wilayah, Perbendaharaan Islam, Perbendaharaan & Pasaran, Perbankan Borong Kumpulan di Kumpulan CIMB. Beliau juga merupakan Ketua Peniaga di Bank Bumiputra Malaysia Berhad selama lima (5) tahun di London.
Dato’ Seri Dr Mohamad Zabidi Ahmad memegang
- Kedoktoran di dalam Pentadbiran Perniagaan daripada OYAGSB, UUM;
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, UiTM Shah Alam;
- Akauntan Bertauliah, Ahli Amalan Institut Akauntan Malaysia (MIA); dan
- Pengamal Pasaran Kewangan Kanan (CSMP) yang diperakui oleh ACI-Pasaran Kewangan Malaysia (FMAM) & The Asian Institute of Chartered Bankers (AICB)