Jenis Dana
Income
Tags
Malaysia
Tarikh Permulaan
24 Julai 2024
Tahun Kewangan Berakhir
31 Ogos
Profil Risiko Pelabur
Sederhana
Penanda Aras
Kadar Keuntungan 12-bulan Deposit bertempoh-i Tawarruq of Bank Islam Malaysia Berhad
Pengurus
BIMB Investment Management Berhad
199301021508 (276246-X)
199301021508 (276246-X)
Pemegang Amanah
Amanahraya Trustee Berhad
[200701008892 (766894-T)]
[200701008892 (766894-T)]
Polisi Pengagihan Pendapatan
Tertakluk kepada ketersediaan pendapatan, pengagihan, jika ada, akan diagihkan pada setiap suku tahun selepas ulang tahun pertama tarikh permulaan Dana dan atas budi bicara Pengurus.
Polisi Pelaburan dan Strategi
Untuk mencapai objektif Dana, Dana berhasrat untuk melabur ke dalam Sukuk dalam denominasi Ringgit Malaysia yang diterbitkan dan/atau ditawarkan di Malaysia. Sukuk tersebut dijangka akan memberikan pulangan pada tempoh masa yang ditetapkan. Pelaburan dalam Sukuk tempatan akan didorong oleh pandangan kadar bank negara dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Ini membolehkan Pengurus membuat keputusan mengenai tempoh pelaburan Dana. Analisis nilai asas dan relatif juga akan dijalankan untuk meningkatkan pulangan dengan tahap risiko yang munasabah.
Profil Pelabur
Sesuai untuk pelabur yang:
- menginginkan aliran pendapatan yang stabil dalam jangka masa sederhana hingga panjang.
- mempunyai tahap toleransi risiko yang sederhana.
Peruntukan Aset
Jenis Aset | % daripada NAB Dana |
Sukuk dalam denominasi RM yang diterbitkan dan/atau ditawarkan di Malaysia dan/atau Skim Pelaburan Kolektif Islam | Minimum 70% |
Aset cair Islam | Maksimum 30% |
Objektif
Dana ini bertujuan untuk menyediakan aliran pendapatan yang stabil dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Nota: Sebarang perubahan penting kepada objektif pelaburan Dana memerlukan kelulusan Pemegang Unit.
Nombor Akaun Dana
14014010166041
BIMB MYR SUKUK INCOME FUND
Bank Islam Malaysia Berhad
NOTA:
- Pelabur dikehendaki untuk melengkapkan borong permohonan serta dokumen-dokumen lain yang diperlukan oleh Pengurus;
- Borang pindahan dana yang disahkan oleh bank mesti dikemukakan kepada Pengurus sebagai bukti pembayaran;
- Sebarang dokumen diperakui yang diperlukan mestilah sekurang-kurangnya diperakui oleh Perunding Skim Unit Amanah (Perunding UTS) yang diberi kuasa, Penasihat UTS Institusi (IUTA) yang diberi kuasa, dan/atau kakitangan pemasaran Pengurus.
- Pelabur dinasihatkan supaya tidak membuat pembayaran secara tunai kepada ejen individu semasa membeli unit; dan
- Pembelian unit akan diproses setelah jumlah yang dilaburkan dan dokumentasi lengkap diterima oleh Pengurus.