Lembaga Pengarah
Datin Maznah Mahbob
Pengerusi dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Datin Maznah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif BIMB Investment pada 1 April 2019.
Beliau mempunyai pengalaman luas lebih 34 tahun di dalam industri pengurusan dana. Beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif AmInvest, syarikat pengurusan dana AMMB Holdings Berhad dari tahun 2001 sehingga bersara pada Mei 2017.
Datin Maznah merupakan graduan dari Institute of Chartered Secretaries & Administrators, United Kingdom and Harvard Investment Management Programme, Boston.
Dato’ Seri Dr. Mohamad Zabidi Ahmad
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Dato’ Seri Dr. Mohamad Zabidi dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif BIMB Investment pada 8 Oktober 2021.
Beliau merupakan bekas Pengarah Urusan Kanan dan Ketua Jabatan Serantau (Regional Head), Islamic Treasury, Treasury and Markets, Group Wholesale Banking, Kumpulan CIMB. Beliau mempunyai pengalaman luas lebih 38 tahun di dalam industri perbankan termasuk pengalaman 20 tahun di dalam Group Treasury (konvensional & Islam), korporat (deposit, pelaburan, penyelesaian pelanggan), interbank, pemasaran, pendapatan tetap dan derivatif, pembangunan dan penstrukturan produk. Beliau bertanggungjawab membangunkan francais Islamic Treasury untuk Kumpulan CIMB di peringkat serantau termasuk di United Kingdom, Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand. Beliau juga merupakan Ketua Peniaga di Bank Bumiputra Malaysia Berhad selama lima (5) tahun di London.
Dato’ Seri Dr. Mohamad Zabidi mempunyai kelulusan
- Kedoktoran di dalam Pentadbiran Perniagaan dari OYAGSB, UUM;
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, UiTM Shah Alam;
- Akauntan Bertauliah dan Ahli Malaysian Institute of Accountant (MIA); dan
- Certified Senior Financial Market Practitioner (CSMP) dari ACI-Financial Market of Malaysia (FMAM) & The Asian Institute of Chartered Bankers (AICB)
Mashitah Haji Osman
Puan Mashitah merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad sejak 1 Oktober 2020. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif BIMB Investment pada 1 April 2023.
Puan Mashitah pernah menjadi Pengarah/Ketua, Perbankan Pelaburan Korporat, Bank Islam dan Ketua Pegawai Operasi dalam Perniagaan, Bank Muamalat Malaysia Berhad. Beliau mempunyai pengalaman luas (lebih 30 tahun) di dalam Perbankan Korporat & Pelaburan. Puan Mashitah telah memegang pelbagai jawatan di RHB Sakura Merchant Bankers Berhad sebagai Naib Presiden Kanan Pertama/ Pengurus Besar Kanan, Pengurus Besar/Ketua, Kewangan Islam (Pasaran Modal Islam), ahli Majlis Syariah RHB Capital, Ketua Unit Pembiayaan Institusi dan Islam, Perbankan Korporat, dan Pegawai kepada Pengurus Kanan, Perbankan Korporat.
Puan Mashitah mempunyai kelulusan
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Hons), Universiti Kebangsaan Malaysia; dan
- Master Pentadbiran Perniagaan dari University College of Wales Aberystwyth, United Kingdom
Azdini Nor Azman
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Puan Azdini Nor Azman merupakan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif BIMB Investment Management Berhad, serta Pengarah Kumpulan Perbendaharaan & Pasaran (Group Treasury & Markets), Institusi Perbankan di Bank Islam Malaysia Berhad sejak 15 Oktober 2024.
Beliau pada mulanya menyertai BIMB Investment Management Berhad sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Mac 2023, dan kemudian memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Berlesen pada 1 Ogos 2023 sehingga 14 Oktober 2024.
Puan Azdini mempunyai pengalaman luas lebih 26 tahun di dalam industri. Beliau telah bekerja dengan pelbagai organisasi termasuk Hong Leong Islamic Bank Berhad sebagai Ketua Perbankan Borong, Asian Islamic Investment Management Sdn Bhd, Bank Muamalat Malaysia Berhad, CFC Seymour Limited, Bank Islam Malaysia Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Bhd dan Amanah Short Deposits Berhad.
Puan Azdini mempunyai kelulusan
- Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Major dalam Kewangan), Universiti Otago, New Zealand;
- Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (CIIF);
- Investor Protection Professional Certification (IPPC); dan
- PPKM Dealers’ License dari Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia;