KUALA LUMPUR, 22 Mac 2021: BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad, hari ini mengumumkan pelancaran Dana BIMB-ARABESQUE Global Shariah Sustainable Equity (“BGSEF”), dana feeder ekuiti shariah ESG global yang bertujuan untuk mencapai peningkatan modal dalam tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang bagi pelabur. Dana Sasaran Arabesque Q3.17 SICAV – Q3.17 Sustainable Global Equity bertujuan untuk menawarkan pelabur pendedahan global yang pelbagai sehingga 100 saham Shariah-ESG setiap masa. BGSEF telah memenuhi syarat sebagai dana pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah Garis Panduan Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. BIMB Investment menyokong inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) dalam meletakkan Malaysia sebagai pasaran kewangan Islam dunia.
Dana ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi BIMB Investment Mohamed Ridza Mohamed Abdulla hari ini di dalam satu upacara maya. Hadir sama termasuk Georg Kell, Pengerusi Arabesque Group; Najmuddin Mohd Lutfi, Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment dan Gabriel Karageorgiou, Partner, Arabesque Asset Management, United Kingdom.
Mengulas di pelancaran tersebut, Mohamed Ridza berkata, “COVID-19 telah memberi kita kesedaran bagaimana krisis kemampanan mampu mempengaruhi ekonomi, perniagaan dan masyarakat secara meluas. Ini merupakan contoh apa yang mungkin berlaku jika kita terus ditimpa oleh kejutan kemampanan sebegini. Ia tidak semestinya berkaitan perubahan iklim. Krisis COVID-19 juga menunjukkan bahawa syarikat yang mempunyai kelayakan ESG yang tinggi telah menunjukkan prestasi yang lebih baik tahun ini. Pelabur berkemungkinan akan terus memberi perhatian kepada syarikat yang mempunyai kelayakan ESG terbaik, kerana bukti menunjukkan bahawa mereka mempunyai daya tahan ketika pandemik.”
Tambah beliau, hari ini, ramai pelabur telah menyedari bahawa memasukkan faktor ESG di pasaran modal adalah keputusan perniagaan yang baik dan menjurus kepada pasaran yang lebih mampan dan menghasilkan masyarakat yang lebih baik. Prestasi mampan korporat yang baik dikaitkan dengan tadbir urus korporat yang baik, akan membawa kepada keputusan kewangan yang lebih baik serta menghasilkan pulangan kewangan yang lebih bagus.
“BGSEF menyepadukan pertimbangan ESG dalam proses pelaburannya dan menerapkan pemeriksaan aktif untuk patuh Shariah dan sejajar dengan prinsip Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC) dalam proses pembinaanportfolio pelaburan. ESG dan Pelaburan patuh shariah merupakan falsafah teras kami. Memandangkan situasi pandemik global kini, kami berpendapat bahawa COVID-19 akan meninggalkan kesan yang ketara kepada pasaran modal untuk tahun-tahun yang akan datang. Ia membuatkan pelaburan ESG semakin relevan untuk pelabur masa kini yang ingin memberi kesan positif kepada dunia secara keseluruhannya.”
BGSEF menggunakan Arabesque S-Ray®, alat unik yang menyediakan penyelesaian data yang merentasi pasaran modal global dalam menilai prestasi mampan syarikat di seluruh dunia. Teknologi proprietari yang dibangunkan oleh Arabesque S-Ray menggabungkan lebih 200 metrik ESG dengan isyarat berita daripada lebih 30,000 sumber merentasi170 negara secara sistematik. Dibangunkan oleh pelabur untuk pelabur, S-Ray® ialah alat unik untuk menilai syarikat berdasarkan Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (“GC Score”).
Bercakap mengenai pengukuran data ESG melalui teknologi, George Kell, Pengerusi Arabesque Group berkata bahawa teknologi telah lama menjadi pendorong utama di sebalik pergerakkan kemampanan dengan meningkatkan kecekapan sumber dan memudahkan pencarian model perniagaan baharu. Bagi pelabur, teknologi – yang selalunya berdasarkan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan (“AI”) – telah menjadi asas pelaburan ESG, yang mewujudkan lebih ketelusan dan mengukur prestasi faktor bukan tradisional yang mempengaruhi prestasi kewangan dalam tempoh jangka panjang.
“Saya yakin bahawa masa depan telah bermula. Dengan penyelesaian pintar, kemampuan membaca dan pembelajaran mesin, kita akan berada di kedudukan yang lebih baik untuk membuat keputusan yang tepat. Dana ini berdasarkan pengetahuan terbaik dan terkini. Dana ini juga peka terhadap kesinambungankemampanan, memastikannilai-nilai yang semakin penting telah digabungkan sepenuhnya di dalam analisis. Dengan gabungan ini: AI, teknologi dankemampanan, BIMB Investment telah menunjukkan jalan untuk masa hadapan, bahawa mereka adalah sebahagian daripada penyelesaian, dan saya mengharapkan anda semua suksesdi masa akan datang,” kata George di dalam pembentangan videonya dari New York, Amerika Syarikat.
Dana ini ditawarkan dalam lima kelas mata wang: Kelas Ringgit Malaysia, Kelas HedgedRinggit Malaysia, Kelas Dolar AS, Kelas Dolar Australia dan Kelas Dolar Singapura. Dana ini tersedia untuk langganan kepada pelabur dengan nilai pelaburan awal hanya RM500, RM-HEDGED 500, USD500, AUD500 atau SGD500.
“BGSEF memanfaatkan kemajuan terkini dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) dan petunjuk masa hadapan dalam melengkapkan pemilihan saham dan meningkatkan prestasi. Dana ini membolehkan data alternatif seperti cuaca dan berita diambli kira di dalam proses pelaburan. BIMB Investment, bekerjasama dengan Arabesque, adalah yang pertama menyepadukan Shariah dan ESG dalam proses pelaburannya di Malaysia. Pendekatan pelaburan berdasarkan peraturan secara sistematik mengimbangi portfolio Dana setiap minggu. Ciri dinamik ini menawarkan peluang untuk memanfaatkan trend dan perubahan pasaran terkini. Dana ini juga mempunyai langkah-langkah pengurusan risiko yang ketat untuk melindungi pelabur dan membantu mencapai matlamat kewangan jangka panjang mereka dengan pelaburan yang dipelbagaikan sepenuhnya di seluruh sektor dan wilayah,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi.
“Teknologi kecerdasan buatan (AI) berpandangan jauh dan mampu memproses sejumlah besar data untuk membina portfolio pelaburan yang disesuaikan dengan risiko yang paling optimum untuk para pelabur. Dengan enjin AI, Dana menguruskan risiko pelaburan dengan disiplin dan kecekapan yang berpotensi memberikan prestasi pelaburan yang tinggi sekaligus melupuskan pengaruh manusia yang berat sebelah,” kata Najmuddin lagi.
BIMB Investment telah memenangi anugerah Pengurus Asset Islam dan Pengurus Dana Terbaik Malaysia selama empat tahun berturut-turut sejak 2017 dan Pulangan Penyesuaian Risiko Terbaik untuk Pengurus Dana Pelaburan Prinsip ESG di Anugerah Kewangan Islam Terbaik Alpha Asia Tenggara bagi tahun 2019 dan 2020. Ia juga telah dinobatkan sebagai Pengurus Aset ESG Terbaik bagi tahun 2019 dan 2020 oleh Anugerah Kewangan Islam Aset Triple A , sebuah anugerah yang mengiktiraf sumbangan dan pencapaian penting dalam ESG, kemampanan dan pengurusan aset di Asia.
###
Penafian
Ini merupakan keterangan ringkas mengenai Dana BIMB-ARABESQUE Global Shariah Sustainable Equity (“Dana”) oleh BIMB Investment dan ianya tidak lengkap. Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Prospektus bagi Dana BIMB-ARABESQUE Global Shariah Sustainable Equity bertarikh 8 Mac 2021, Prospektus tambahan (jika ada) dan Halaman Serlahan Produk (PHS) sebelum melabur, yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungannya. Tarikh pelancaran bagi Dana BIMB-ARABESQUE Global Shariah Sustainable Equity adalah 8 Mac 2021. Salinan Prospektus dan PHS boleh didapati di Ibu Pejabat BIMB Investment Management Berhad, di laman web www.bimbinvestment.com.my, perunding unit amanah dan pengedar yang diluluskan dan/atau mana-mana cawangan Bank Islam. Kebenaran SC atau pendaftaran Prospektus tidak boleh diambil kira bahawa SC telah mengesyorkan Dana tersebut. Terdapat yuran dan caj yang dikenakan dan pelabur dinasihatkan untuk membandingkan dan mempertimbangkannya sebelum melabur di dalam Dana. Pelaburan di dalam Dana ini terdedah kepada risiko, sila rujuk kepada Prospektus untuk maklumat terperinci. Pelabur dinasihatkan untuk mempertimbangkan risiko di dalam Dana dan harus membuat penilaian sendiri mengenai risiko dan mendapatkan nasihat professional, jika perlu, sebelum melabur. Pelabur juga perlu ambil perhatian bahawa harga unit dan agihan yang dibayar, jika ada, boleh turun dan naik. Sebarang isu unit yang berkaitan dengan Prospektus hanya akan dibuat setelah penerimaan borang permohonan yang lengkap yang dilampirkan bersama Prospektus, tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung didalamnya. Siaran media ini tidak disemak oleh SC.
Untuk Pertanyaan:
Wan Norkhairi Wan Samad
Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan
BIMB Holdings Berhad
Tel: +603-2782 1232
Emel: wnorkhairi@bankislam.com.my
Omar Atin
Perhubungan Media & Editorial, Komunikasi Korporat Kumpulan
BIMB Holdings Berhad
Tel: +603-2781 2943 / +6019-391 9144
Emel: omar@bankislam.com.my
Nurfarah Diyana Mohd Firhad
Pemasaran & Perniagaan Digital
BIMB Investment Management Berhad
Tel: +603-2161 2524
Emel: nfdiyana@bankislam.com.my