BIMB i FLEXI FUND

Mixed Assets
Jenis Dana
Growth
Tarikh Mula
25th Mac 2014
Tahun Kewangan Berakhir
31 Mac
Profil Risiko Pelabur
Risiko sederhana hingga tinggi
Pemegang Amanah
Amanahraya Trustees Berhad
200701008892 (766894-T)
CIMB Islamic Trustee Berhad
198801000556 (167913-M)
Maybank Trustees Berhad
196301000109 (5004-P)
Penanda Aras
50:50 ratio of the FBM Emas Shariah Index and 12-month Term Deposit-i Tawarruq (TDT-i) of Bank Islam Malaysia Berhad
Pengurus
BIMB Investment Management Berhad
199301021508 (276246-X)
Objektif Pelaburan

Dana ini mempunyai objektif untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dengan melabur dalam portfolio pelaburan yang pelbagai dan mematuhi shariah.

Sebarang perubahan material kepada objektif pelaburan Dana memerlukan kelulusan Pemegang Unit.

Peruntukan Aset

Dana ini boleh melabur sehingga 99% daripada N dalam ekuiti yang mematuhi shariah, namun ini mungkin disemak dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan ekonomi dan pasaran saham.

Peruntukan dalaman untuk tunai dan aset cair Islam yang lain akan dikekalkan bagi memastikan bahawa Dana dapat memenuhi permintaan pembelian semula tanpa menjejaskan prestasi Dana. Dana ini juga boleh melabur sehingga 99% daripada NAB dalam Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam.

Profil Pelabur

Dana ini sesuai untuk pelabur yang:
  • Mempunyai toleransi risiko sederhana hingga tinggi;
  • Mencari peningkatan modal;
  • Tidak mencari aliran pendapatan tetap; dan
  • Mempunyai horizon pelaburan jangka panjang lebih dari lima (5) tahun.

Risiko Khusus Berkaitan dengan Pelaburan dalam Dana

  • Risiko Keselamatan Khusus
  • Risiko Kredit / Kegagalan
  • Risiko Keuntungan/Kadar Faedah
  • Risiko Penilaian Semula Status Shariah
  • Risiko Pihak Bersekutu
  • Risiko Produk Terstruktur
  • Risiko Skim Pelaburan Kolektif
  • Risiko Dividen
  • Risiko Sekuriti Berkaitan Ekuiti
  • Risiko Negara
  • Risiko Mata Wang
  • Risiko Politik
  • Risiko Peraturan

Polisi dan Strategi Pelaburan

Pengurus Dana akan menentukan peruntukan aset yang sesuai untuk pelaburan ekuiti dan Sukuk berdasarkan unjuran semasa bagi kedua-dua kelas aset tersebut. Pengurus Dana akan menggunakan strategi peruntukan aset aktif untuk mengatasi penanda arasnya dengan melabur dalam ekuiti dan Sukuk. Dana ini boleh melabur sehingga 99% daripada Nilai Aset Bersih (”NAB”)  dalam ekuiti yang mematuhi Shariah, hak dan waran untuk memanfaatkan peluang yang ada.

Dana ini juga boleh melabur sehingga 99% daripada NAB dalam Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam untuk memanfaatkan peluang yang ada dengan melabur dalam Sukuk. Ini memberi fleksibiliti kepada Dana untuk melabur dalam ekuiti yang mematuhi Shariah dan Sukuk serta instrumen pasaran wang Islam. Dana ini akan mengekalkan sekurang-kurangnya 1% daripada NAB dalam aset cair Islam.

Polisi Pengagihan

Pengagihan pendapatan adalah sampingan.