BIMB DANA AL-MUNSIF

Balanced
Jenis Dana
Income, Growth
Tarikh Mula
27 Desember 2001
Tahun Kewangan Berakhir
31 Ogos
Profil Risiko Pelabur
Sederhana
Pemegang Amanah
SCBMB Trustee Berhad
201201021301 (1005793-T)
Penanda Aras
60:40 ratio of the “FBM Emas Shariah Index” and 12-month TDT-i of Bank Islam
Pengurus
BIMB Investment Management Berhad
199301021508 (276246-X)
Objektif Pelaburan

Objektif pelaburan utama Dana ini adalah untuk menyediakan pendapatan yang stabil dan konsisten serta penghargaan modal Unit dalam jangka masa sederhana hingga panjang*. Oleh itu, pulangan akan berupa pertumbuhan modal jangka panjang dan agihan pendapatan berkala kepada Pemegang Unit.

*Nota: "jangka masa sederhana hingga panjang" dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih.Apa-apa perubahan material kepada objektif pelaburan Dana memerlukan kelulusan Pemegang Unit.

Peruntukan Aset

  • Ekuiti patuh Shariah: 40% - 60%.
  • Sukuk & deposit Islam: 40% - 60%.

Profil Pelabur

Dana ini sesuai untuk pelabur yang:
  • Mencari pendapatan yang stabil dan penghargaan modal.
  • Memiliki tempoh pelaburan sederhana hingga panjang*.
*Nota: "jangka masa sederhana hingga panjang" dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih.

Risiko Khusus Berkaitan dengan Pelaburan dalam Dana

  • Risiko Keselamatan Khusus
  • Risiko Kredit / Kegagalan
  • Risiko Keuntungan / Kadar Faedah
  • Risiko Klasifikasi Semula Status Shariah
  • Risiko Pihak Bertentangan
  • Risiko Produk Terstruktur
  • Risiko Skim Pelaburan Kolektif
  • Risiko Dividen
  • Risiko Sekuriti Berkaitan Ekuiti
  • Risiko Negara
  • Risiko Mata Wang
  • Risiko Politik
  • Risiko Peraturan

Polisi dan Strategi Pelaburan

Aktiviti Dana akan dijalankan sehcara ketat mengikut prinsip-prinsip Shariah dan akan dipantau oleh Penasihat Sariah.
Untuk mencapai objektif pelaburan, Dana akan memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat blue chip yang kukuh yang berpotensi membayar dividen yang mampan dan mencapai pertumbuhan pendapatan, yang disenaraikan di Malaysia atau pasaran luar negara. Dana juga boleh melabur dalam syarikat kecil dan sederhana yang berpotensi untuk memulakan pembayaran dividen. Pelaburan ini bertujuan untuk menyediakan aliran pendapatan yang tinggi kepada Dana untuk kemungkinan pengagihan pendapatan kepada Pemegang Unit.
Sementara itu, pelaburan dalam Sukuk adalah khusus untuk tujuan menjana pendapatan berulang dari pembayaran keuntungan yang dijangkakan secara berkala. Pelaburan dalam Sukuk mesti mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan setara yang dinilai oleh agensi penarafan kredit yang diiktiraf.

Polisi Pengagihan

Pembayar pengagihan pendapatan tahunan kepada Pemegang Unit jika pendapatan pelaburan yang mencukupi telah terkumpul sepanjang tahun.