Amaran Penipuan

AMARAN PENIPUAN / SCAM ⚠️

Pelabur yang dihormati,

Pihak Pengurusan BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment) ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan penipuan pelaburan yang dipromosikan di mana-mana laman media sosial yang mengandungi nama BIMB Investment atau Bank Islam Malaysia Berhad, berserta logo korporat sebagai gambar profil. Individu-individu ini akan menyamar sebagai Perunding Unit Amanah untuk mempromosikan beberapa pakej dan testimonial pelaburan.

Harap maklum bahawa BIMB Investment tidak terlibat dalam komunikasi melalui aplikasi seperti Whatsapp dan Telegram, dan sebarang transaksi hendaklah dibuat terus ke dalam akaun BIMB Investment dan BUKAN akaun individu.
Untuk melindungi daripada kemungkinan penipuan, kami mengesyorkan langkah berjaga-jaga berikut:

1. Pengesahan Perunding Unit Amanah

2. Saluran Media Sosial Rasmi