Unit Amanah Yang Manakah Sesuai Untuk Saya?
Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas dana unit amanah.
Kenapa perlu melabur dengan unit amanah?
Ada tiga sebab:
- Dana diuruskan oleh pengurus dana professional.
- Dana dilaburkan ke dalam pelbagai jenis perniagaan dan syarikat yang terdapat di dalam dan luar negara.
- Pengagihan dividen.
Majoriti dana unit amanah dilaburkan dalam 3 jenis instrumen kewangan utama:
- Saham ataupun Ekuiti
- Bon Islam ataupun sukuk
- Money Market
Jenis unit amanah juga boleh dibahagikan berdasarkan objektif dana.
Antara kategori-kategori utama dalam pembahagian jenis-jenis unit amanah adalah berdasarkan objektif pelaburan, berdasarkan instrumen pelaburan, risiko profil dan berdasarkan status shariah.
Untuk kategori dana pendapatan atau Income Fund, objektif dana pendapatan adalah untuk mendapat keuntungan melalui pembahagian dividen setiap tahun. Peratusan tinggi dana dilaburkan dalam pasaran ekuiti dan selebihnya di pasaran-pasaran lain.
Untuk kategori dana pertumbuhan modal atau Capital Growth Fund, objektif dana pertumbuhan modal adalah untuk mendapat keuntungan melalui peningkatan nilai modal. Peratusan tinggi dana dilaburkan dalam pasaran ekuiti dan selebihnya di pasaran-pasaran lain.
Untuk kategori dana terimbang atau Balanced Fund, objektif dana terimbang adalah untuk mendapatkan pulangan melalui pendapatan dan pertumbuhan modal, disamping juga untuk mengekalkan modal pelaburan.
Peratusan dana dilaburkan dalam pasaran ekuiti adalah seimbang dengan pasaran-pasaran lain.
Untuk kategori dana konservatif atau Conservative Fund, objektif dana konservatif adalah sebagai simpanan jangka pendek tetapi mampu untuk melindungi modal dari penyusutan nilai disebabkan oleh inflasi.
Instrumen pelaburan yang selalunya digunakan untuk objektif ini adalah sukuk, fixed-deposit, pasaran wang atau gabungan dari ketiga-tiga instrumen tersebut.
Berdasarkan penerangan ringkas diberikan, kita boleh memilih dana yang mempunyai objektif yang paling sesuai dengan matlamat kewangan kita.
Setiap dana unit amanah yang dipilih hendaklah membantu kita mencapai matlamat kewangan kita secepat mungkin.
Kebanyakan dana unit amanah membenarkan pelabur untuk melabur dengan modal permulaan yang rendah. Pelabur boleh mula melabur ke dalam unit amanah dengan modal permulaan serendah RM1,000 sahaja.
Tetapi dengan aplikasi BEST Invest anda boleh mula melabur serendah RM10! BEST Invest menawarkan individu peluang untuk mula melabur dengan memilih, sama ada fungsi “Do it for Me”’ (Lakukan untuk Saya) atau “Do it Yourself” (Lakukan Sendiri), dalam aplikasi. Sebagai ilustrasi, fungsi “Do it for Me” membolehkan sistem Robo-Pintar mengenal pasti dan memilih kaedah pelaburan terbaik, dana yang sesuai dan jumlah pelaburan berdasarkan profil risiko pelabur.
Pelabur kini boleh menguruskan pelaburan mereka dengan lebih bijak dan boleh memberi tumpuan yang lebih kepada mencapai matlamat pelaburan mereka. Secara alternatif, fungsi ”Do it Yourself” membolehkan para pelabur membuat keputusan mereka sendiri dan melabur dalam dana pilihan mereka tanpa bantuan sistem Robo-Pintar BEST Invest.
Pelabur boleh mula melabur dan membina matlamat pelaburan mereka dengan aplikasi BEST Invest melalui pelaburan minima RM10, tanpa sebarang caj penjualan. Pelabur juga boleh melabur dan/atau mengeluarkan pelaburan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Selamat Melabur!