Berita & Siaran akhbar
Maklumat
Pengumuman
AMARAN PENIPUAN ⚠️
Para pelabur yang dihargai,
Pihak pengurusan BIMB Investment Management Berhad ingin memberi peringatan kepada orang awam agar sentiasa berhati-hati terhadap penipuan pelaburan yang dipromosikan di dalam laman media sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Telegram’ dengan menggunakan nama “BIMB Investment” beserta logo korporat BIMB sebagai gambar profil. BIMB Investment tidak berhubung melalui aplikasi Telegram dan tidak berkaitan langsung dengan akaun tersebut.
Laman sosial media rasmi BIMB Investment adalah seperti berkut:
Facebook – @BIMBInvestmentManagement
Instagram – @bimb_investment
Linkedin – @bimb-investment
Penipu (scammer) akan memperkenalkan diri mereka sebagai salah seorang daripada Perunding Unit Amanah. Penipu (Scammer) kemudiannya akan memperkenalkan beberapa pakej pelaburan dan testimoni sebelum memohon maklumat peribadi dan dana pelaburan. Penipu (Scammer) akan menggunakan nama, logo, kelayakan, laman sesawang dan pelbagai perantaraan pasaran modal yang sah untuk mempromosikan skim pelaburan palsu mereka melalui media sosial.
Para pelabur boleh menagesahkan status pendaftaran Perunding Unit Amanah kami yang memasarkan dan mempromosi aktiviti dana unit amanah melalui Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) yang dikawal selia melalui laman sesawang mereka www.fimm.com.my
Pihak BIMB Investment ingin menekankan bahawa syarikat kami tiada kaitan langsung dengan laman sosial palsu atau mana-mana individu tersebut.
Para pelabur diingatkan agar berurusan dengan Perunding Unit Amanah yang berdaftar dengan FIMM. Syarikat atau individu yang tidak berdaftar/berlesen boleh lenyap dalam semalaman meninggalkan para pelabur tanpa keupayaan untuk mendapatkan semula pelaburan mereka atau membuat tuntutan terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan skim ini.
Para pelabur dinasihatkan agar menghubungi kami atau mana-mana pejabat agensi kami yang sah untuk maklumat lanjut berhubung dengan dana-dana unit amanah yang ditawarkan oleh kami.