Kepimpinan

Kepimpinan

t6

Datin Maznah Mahbob
Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

DATO’ DR. MOHAMAD ZABIDI AHMAD 2

Dato’ Dr. Mohamad Zabidi Ahmad
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

t2

Dr. Mohd Hatta Dagap
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Sharifah Sarah

Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Azdini Nor Azman

Azdini Nor Azman
Acting Chief Executive Officer

Azdini Nor Azman telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”) pada 1 Mac 2023. Azdini mempunyai pengalaman yang luas selama 25 tahun di dalam industri. Sebelum menyertai BIMB Investment, beliau adalah Ketua Perbankan Borong di Hong Leong Islamic Bank Berhad. Azdini telah bekerja bersama pelbagai organisasi termasuk Asian Islamic Investment Management Sdn Bhd, Bank Muamalat Malaysia Berhad, CFC Seymour Limited, Bank Islam Malaysia Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Bhd dan Amanah Short Deposits Berhad.

Azdini memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Major di dalam Kewangan), Universiti Otago, New Zealand; Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (CIIF); Pensijilan Profesional Perlindungan Pelabur (IPPC) dan; PPKM Dealers’ License daripada Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia.

Said Jawahir (white background)

Said Jawahir
Ketua Pegawai Operasi

Said Jawahir menyertai BIMB Investment sebagai Ketua Pegawai Operasi pada Mac 2022. Sebelum itu, beliau merupakan Pembantu Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman di dalam industri perbankan.

Said memulakan kerjayanya di Bank Islam Malaysia Berhad sebagai pelatih, dan kemudian sebagai Penolong Pengurus Besar, berkhidmat di pelbagai bahagian jualan dan kredit, bahagian pemulihan dan bahagian operasi selama 24 tahun bekerja di Bank Islam.

Pendidikan

    • Bachelor of Finance, Northwood University USA
    • Diploma in Accounting, Institut Teknologi MARA
razak12

Abd Razak Salimin CFA,FRM
Ketua Pelaburan

Abd Razak menyertai BIMB Investment pada Mei 2019 dan dahulunya merupakan pengurus dana ekuiti dengan Permodalan Nasional Berhad.

Beliau mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman pengurusan pelaburan. Abd Razak bertanggungjawab memimpin dan mengurus jabatan pelaburan, kerana beliau menguruskan dan menyelia ekuiti domestik dan global, Sukuk dan pelaburan pasaran wang.

Pendidikan

  • Bachelor of Mathematics, Operational Research, Statistics, and Economics, University of Warwick, United Kingdom
  • Chartered Financial Analyst (CFA) since 2013 and Financial Risk Manager (FRM) since 2016
  • Securities Commission’s Capital Markets Services Representative’s License
Norsazreen Nordin

Noorsazreen Nordin
Ketua Kepatuhan

Noorsazreen menyertai BIMB Investment sebagai Ketua Pematuhan pada Januari 2022. Beliau mempunyai lebih daripada 14 tahun pengalaman di dalam industri kewangan dan pasaran modal.

Beliau adalah bekas Ketua Pematuhan di Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), Naib Presiden Pematuhan Kumpulan di Ambank (M) Berhad, Ketua Pematuhan di TA Investment Management Berhad dan pelbagai syarikat pengurusan dana yang lain. Beliau dilantik untuk bertanggungjawab berkenaan dengan hal-hal pematuhan BIMB Investment.

Pendidikan

  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan
  • Pegawai Pematuhan Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
  • Ahli Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan (CONG) Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

Jawatankuasa pelaburan mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun atau apabila diperlukan oleh Pengurus.

radzuan

Mohd Radzuan Ahmad Tajuddin
Ahli Bebas

Mohd Radzuan berada di dalam Jawatankuasa BIMB Investment sejak Disember 2017.

Beliau merupakan Ketua pembangunan, pasaran modal Islam dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan kanan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam pasaran kewangan korporat, bon dan Sukuk, pendedahan Prospektus dan pasaran modal Islam.

Kelayakan

  • Bachelors’ Degree in Finance & Marketing, National University of Malaysia.
Khairul

Khairul Muzamel Perera Abdullah
Pengerusi – Ahli Bukan Bebas

Khairul menyertai Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 2009 dan kini merupakan Ketua Pegawai kredit.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua pengurusan risiko kredit. Sebelum menyertai Bank Islam, Khairul telah berkhidmat selama 14 tahun dalam perbankan & kewangan dan berkhidmat dengan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad pada tahun 1999, mengendalikan pemulihan aset. Beliau juga menghabiskan beberapa tahun di Malaysian Rating Corporation Berhad, sebagai Naib Presiden, pengeluaran hutang korporat.

Kelayakan

  • Associate Chartered Institute of Secretaries (ACIS), London.
Datin Maznah Mahbob

Datin Maznah Mahbob
Ahli Bebas

Datin Maznah binti Mahbob telah dilantik sebagai ahli bebas Jawatankuasa BIMB Investment sejak April 2019.

Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Services Berhad.

Kelayakan

  • Institute of Chartered Secretaries and Administrators (1983)
dr-shamsiah

Dr. Shamsiah Mohamad
Ahli Jawatankuasa

Dr. Shamsiah binti Mohamad pada masa ini merupakan ahli Jawatankuasa Syariah bagi Medic IG Holdings, Bursa Malaysia, Persatuan institusi perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Lembaga zakat Selangor dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan. Beliau juga merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah (SAC) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Penasihat Syariah untuk beberapa institusi kewangan dan organisasi yang merangkumi Bank Negara Malaysia, JAKIM, Takaful IKHLAS, Standard Chartered Saadiq Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Beliau pernah menjadi seorang penyelidik kanan di Negeri dan Profesor Madya di Jabatan fiqh dan usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Dr Shamsiah menjadi ahli Jawatankuasa Syariah pelaburan BIMB pada 1 Mei 2020.

Dr. Shamsiah berdaftar sebagai Penasihat Shariah dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pendidikan

  • PhD. in Foundation of Jurisprudence (Fiqh and Usul Fiqh), University of Jordan
  • Master of Syariah, University of Jordan
  • Bachelor of Syariah, University of Malaya
IMG_2162-200x250

Assoc. Prof. Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian
Ahli jawatankuasa

Assoc. Prof. Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian kini merupakan Profesor Madya di Fakulti Syariah & Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau memegang jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Penyeliaan Syariah Bank Islam, Jawatankuasa Syariah Koperasi-Bank Pertama, Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jawatankuasa Syariah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) dan Jawatankuasa Panel Syariah USIM. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Affin Islamic dari 2011 hingga 2014, Ahli Panel Jawatankuasa Pembangunan Standard mengenai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi Perbankan Islam pada 2017, Ahli Lembaga Pengarah Teraju Ekonomi Asnaf (a anak syarikat MAIS), Jawatankuasa Penasihat Pensijilan Halal (JAKIM), Jurulatih Bertauliah Halal dan pakar untuk JAKIM, Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID)/IHRAM, Perkhidmatan Perundingan Lapangan Terbang Malaysia dan Pusat Latihan Pendidikan dan Pensijilan Halal China-Malaysia.

Prof. Prof. Dr. Yasmin Hanani telah dilantik sebagai Ahli Penasihat Syariah BIMB Investment pada 1 April 2022. Beliau adalah Penasihat Syariah (individu) berdaftar dengan SC.

Pendidikan

  • PhD in Islamic Law, University of Exeter, 2010
  • MA in Islamic Law, The University of Birmingham, 2003
Dr-fuad-2-706x529

Ir. Dr. Muhammad Fuad Bin Abdullah
Ahli Jawatankuasa

Ir. Dr. Muhammad Fuad merupakan ahli Majlis Penyeliaan Syariah Bank Islam Malaysia Berhad, dan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah BIMB Securities.

Beliau telah terlibat dengan beberapa syarikat pengurusan aset di Malaysia sejak Jun 2011 dan memegang beberapa jawatan pengarah seperti di Institut Kefahaman Islam Malaysia, MIDF Berhad, MIDF Property Berhad, Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad dan Island & Peninsular Bhd. kini berkhidmat sebagai Pengerusi Gagasan Nadi Cergas Bhd.

Dr. Muhamad Fuad juga pernah berkhidmat sebagai seorang profesor/pensyarah tambahan di beberapa universiti tempatan termasuk Universiti Teknologi Petronas, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka; sebagai Panel Penasihat Industri Program Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Mara, Universiti Multimedia dan Universiti Tenaga Nasional; dan pernah berkhidmat dari 2007 hingga 2010 sebagai ahli Lembaga Pengajian Program Sarjana Muda Fiqh & Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pendidikan

  • BSc. (Hons) Electrical Engineering, Southampton University, England
  • MPhil. Electrical Engineering, Southampton University, England.
  • BA. (Jayyid) Shariah, Jordan University, Amman, Jordan.
  • PhD. Muslim Civilisation, Aberdeen University, Scotland.

Beliau merupakan Ketua Eksekutif Institut Teknologi Maritim Belanda di Johor Bahru pada tahun 2019. Pada masa ini, beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah Universiti Tun Abd Razak Sdn Bhd.

BIMB Investment Management Berhad (276246-X)
Level 19, Menara Bank Islam,
No. 22 Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur
Malaysia