Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang menjalankan kajian terhadap tingkah laku pelaburan di kalangan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, skop kajian ini tidak terhad kepada mereka yang melabur, tetapi ia juga meliputi punca-punca di sebalik mereka yang tidak melabur.
Kajian ini yang bertajuk “Tingkah Laku Simpanan dan Pelaburan Rakyat Malaysia: Tren Semasa dan Masa Hadapan,” mensasarkan pemahaman yang lebih jelas mengenai tingkah laku pelabur dan bukan pelabur supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada industri dan peserta industri. Kajian ini juga membolehkan kami mempertingkatkan usaha dalam membangunkan industry Skim Unit Amanah (Unit Trust Schemes, UTS) dan Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Schemes, PRS) supaya industry ini dapat memberikan lebih manfaat kepada rakyat Malaysia.
Oleh itu, kami sangat menghargai jika anda boleh meluangkan sedikit masa untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik ini. Semua jawapan yang diberikan oleh anda adalah sulit dan akan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.
Jika anda adalah PELABUR dalam UTS dan/atau PRS, sila klik pautan ini untuk menjawab soal selidik:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd_CdUZRiMFNgUcmpRAcYCis4BAwHPci8AhtFJ_IPgovJAhVw/viewform
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila klik pautan ini untuk maklumat lebih lanjut:
https://www.fimm.com.my/events-media/upcoming-events/kaji-selidik-kebangsaan/

Kerjasama dan sokongan anda dalam menjawab soal selidik ini amat dihargai.
Terima kasih.