Bilakah Masa Sesuai Untuk Melabur?
Pelaburan yang bijak memerlukan pelabur mempunyai disiplin yang baik dan tidak terikut-ikut dengan emosi. Dalam pelaburan yang mempunyai pasaran turun naik, pelabur perlu sentiasa mengikuti perancangan awal dan sentiasa mengawal emosi supaya bertindak dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru.
Kesilapan yang selalu berlaku terhadap pelabur adalah membeli ketika harga sedang tinggi tetapi menjual apabila harga jatuh menjunam. Ini berlawanan dengan konsep pelaburan di mana kita membeli pada harga rendah tetapi menjual pada harga tinggi. Ianya disebabkan pelabur terlampau panik ketika harga jatuh dan menjual secara terburu-buru.
Sebagai pelabur bijak, berikut disenaraikan 5 panduan yang perlu dibuat ketika melabur.
1. Ikut Perancangan Pelaburan
Sebelum membuat keputusan untuk melabur, pelabur telah mempunyai perancangan pelaburan masing-masing. Perancangan pelaburan adalah bergantung kepada tahap risiko yang boleh diterima dan tempoh jangkaan pulangan pelaburan yang ingin dicapai. Jika kita telah tetapkan pulangan pelaburan dalam tempoh 30 tahun, ikut perancangan awal. Turun naik pasaran adalah merupakan perkara biasa dalam pelaburan. Ada pasaran yang jatuh ketika kegawatan ekonomi tetapi akan meningkat kembali apabila keadaan ekonomi pulih seperti sediakala.
2. Pelbagaikan Portfolio Pelaburan
Jangan letakkan telur dalam satu bakul sahaja. Jika satu bakul jatuh, semua telur habis pecah dan tak boleh dimakan. Begitu juga halnya dengan pelaburan. Pelbagaikan portfolio pelaburan. Sekurang-kurangnya risiko kerugian tidak terlalu terdedah. Kita boleh melabur dalam pelbagai sektor seperti kesihatan, hartanah, dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung dapat mengelakkan kita panik jika pasaran sektor tertentu jatuh atau sedikit menurun. Terdapat pelbagai saluran pelaburan yang ditawarkan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu saluran pelaburan tetapi sudah tentu jangkaan pulangannya adalah rendah kerana tiada risiko kerugian. Unit Amanah harga berubah seperti yang ditawarkan lebih sesuai untuk pelaburan jangka masa sederhana dan panjang; iaitu dalam tempoh 5 tahun ke atas untuk mendapatkan hasil pelaburan.
3. Melabur Secara Konsisten
Salah satu kaedah yang efektif dalam pelaburan jangka masa panjang adalah Dollar Cost Averaging (DCA). Teknik ini di mana kita akan sentiasa melabur sama ada ekonomi gawat atau ekonomi tengah berkembang. Jika ekonomi tengah gawat dan harga pasaran jatuh, kita akan mendapat lebih banyak unit. Sebaliknya jika ekonomi tengah berkembang dan harga pasaran meningkat, kita akan mendapat unit yang sedikit. Kebiasaannya teknik ini digunakan dalam pelaburan unit amanah di mana pelabur tidak perlu memikirkan berkenaan keadaan ekonomi semasa kerana objektifnya hanya mengumpul unit dan melabur secara konsisten.
4. Kawal Emosi
Dalam melabur kita perlu sentiasa bijak dalam mengawal emosi. Dah nama pun pelaburan, mesti ada risiko kerugian. Sabar adalah kunci utama dalam pelaburan. Jangan terikut-ikut dengan orang lain. Ikut perancangan masing-masing. Sebab itu digalakkan belajar sebelum membuat pelaburan. Jika kita berhasrat melabur dalam saham di Bursa Malaysia ketika ini, mungkin ianya waktu yang sesuai kerana terdapat banyak saham yang ‘undervalued’ disebabkan kegawatan ekonomi.
Harga saham ini memerlukan masa untuk terus menaik apabila ekonomi kembali pulih. Apa pun dapatkan ilmu dahulu. Kenali dahulu perkara-perkara asas seperti apa itu cds account, perbezaan direct account dan nominee account, apa yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli saham, caj-caj yang terlibat, dan yang penting sekali pastikan apabila nak melabur hanya gunakan duit lebihan sahaja (duit yang kita sanggup rugi).
5. Muat Turun BEST
Pelabur tidak perlu khuatir jika tiada ilmu pelaburan yang betul kerana BIMB Investment memperkenalkan aplikasi mudah pelaburan dana unit amanah dikenali sebagai BEST (BEST), platform Pelaburan Lestari Robo-Pintar Shariah-ESG yang pertama olehnya.
Aplikasi BEST menyediakan kemudahan yang cekap bagi individu untuk membina kekayaan. Aplikasi BEST menawarkan struktur yang sistematik, telus dan tersusun untuk pembinaan kekayaan individu melalui pelaburan dalam aplikasi Robo-Pintar dan teknologi data besar. Aplikasi ini juga menawarkan pelbagai dana unit amanah Shariah-ESG yang diuruskan BIMB Investment, merentasi kelas aset termasuk dana ekuiti Shariah-ESG global, Asia Pasifik dan Malaysia, Sukuk ESG global dan pasaran wang.
Berdasarkan matlamat dan tahap toleransi terhadap risiko pelaburan oleh pelabur, aplikasi ini mampu membantu pelabur membina portfolio pelaburan yang optimum, berpandukan data dan analisa secara digital. Pelabur boleh melabur dengan serendah RM10 sahaja!
Selamat Melabur!