Bagaimana Sumbangan Pelaburan Kecil ESG Mampu Menyelamatkan Alam Sekitar?

Di mana kita melaburkan wang kita adalah salah satu cara paling langsung dan mudah kita dapat menyumbang kepada perubahan positif berasaskan nilai kepada alam sekitar.

Dari segi pelaburan, pulangan kewangan dan pertimbangan sosial tidak selalu berjalan seiring. Kebanyakan syarikat-syarikat mengutamakan keuntungan tanpa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar. Tambahan lagi, kira-kira 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia mewakili satu per empat orang di bumi ini. Namun, walaupun jumlahnya yang tinggi, umat ​​Islam tidak mendapat perhatian oleh industri pengurusan aset, dengan inovasi terhad dalam penawaran produk dan pertumbuhan aset yang rendah.

Wujudkah jenis pelaburan yang patuh syariah dan memberi pulangan yang tinggi serta mampu menyelematkan alam sekitar?

Rangka kerja setiap pelaburan Syariah wajib berlandaskan Al-Quran dan Sunnah untuk mencapai ekonomi Islam yang ideal. Komponen utama dalam rangka kerja tersebut adalah memastikan keadilan dalam semua usaha ekonomi untuk membantu semua anggota masyarakat mencapai pertumbuhan yang saksama. Pelaburan patuh Syariah dapat dijelaskan dalam lima prinsip:

  • Sokongan dana terhadap aktiviti yang memberi faedah kepada masyarakat;
  • Larangan instrumen dan amalan yang bertujuan untuk mengaut keuntungan tidak adil seperti spekulasi atau pengambilan risiko yang berlebihan;
  • Berkongsi risiko dan ganjaran secara adil;
  • Transaksi yang mematuhi peraturan antara satu sama lain dengan beramanah, kesetiaan terhadap kontrak, ketelusan dan larangan gangguan atau manipulasi kekuatan pasaran; dan
  • Penghindaran barang atau perkhidmatan terlarang yang boleh membahayakan manusia seperti yang ditentukan oleh Syariah seperti daging khinzir, alkohol, perjudian, dadah, dan lain-lain.

Objektif undang-undang Syariah atau Maqasid-al-Syariah, adalah untuk mempromosikan kesejahteraan manusia dan mencegah bahaya dengan memelihara agama, nyawa, akal, harta dan kepentingan generasi akan datang. Pemeliharaan ini membentuk perancah sistem ekonomi Islam yang ideal, di mana kepentingan masyarakat sangat penting.

Pandangan Islam menyatakan bahawa semua sumber semula jadi adalah rahmat dari Allah (SWT) dan ia harus ditangani dengan amanah untuk memastikan hak-hak alam sekitar terpelihara untuk generasi akan datang. Oleh itu, pelaburan Shariah meluaskan fokus yang melebihi daripada pulangan kewangan bagi merangkumi kesejahteraan keseluruhan individu, masyarakat am, dan pemeliharaan alam sekitar.

Pencapaian masyarakat yang maju dapat dicapai melalui usaha murni keadilan sosial dan memastikan perkembangan dan kesinambungan sistem kewangan yang inklusif dan adil. Sebagai contoh, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI), salah satu garis panduan yang menghubungkan sistem kewangan Islam dengan pelaburan lestari (sustainable investing).

Beberapa insentif telah diperkenalkan untuk memudahkan sebuah ekosistem di mana pelabur dapat menggunakan kewangan Islam sebagai saluran dana untuk projek yang berkaitan dengan sumber semula jadi, sumber tenaga yang boleh diperbaharui, dan pembangunan masyarakat dan ekonomi.

Konsep pelaburan lestari bermula 15 tahun yang lalu sebagai kaedah mengurangkan risiko pelaburan. Namun, ia benar-benar meletus kira-kira satu dekad yang lalu, sebahagiannya disebabkan oleh krisis kewangan global 2008.

Kesedaran yang lebih baik terhadap risiko alam sekitar, sosial dan tadbir urus dianggap penting untuk meningkatkan ketelusan dan membina semula sistem perbankan dan kewangan. Ia telah menjadi salah satu topik hangat dalam industri pengurusan aset global. Pelaburan lestari dianggap sebagai istilah payung bagi pelaburan yang mencari pulangan kewangan yang mencukupi serta kesan positif jangka panjang terhadap masyarakat dan alam sekitar.

Sekarang ini, kita dapat lihat di pasaran jenis pelaburan yang ditawarkan oleh bank-bank yang menggabungkan prinsip pelaburan patuh Syariah dan juga patuh ESG. ESG adalah Environment, Social and Governance, ataupun prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Pelaburan ESG adalah satu pendekatan pelaburan proaktif yang melangkaui analisis kewangan tradisional termasuk analisa amalan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus sesebuah syarikat berserta dengan langkah seterusnya, iaitu memastikan ianya mematuhi prinsip SHariah.

Data ESG menunjukkan bahawa prestasi kemampanan sebuah syarikat berkaitan rapat dengan kejayaan pengurusan kewangan jangka panjang dengan nilai ekonomi dan sosial yang positif.

Berikutan peningkatan kes wabak COVID-19 di Malaysia dan pasaran saham global yang mengalami kemerosotan, ini telah menjadi satu pengajaran buat mereka yang melabur di dalam pasaran dan mencetuskan kegusaran terutama sekali bagi pelabur baru.

Dari segi perspektif alam sekitar, kita dapat melihat krisis ini memberikan perhatian yang lebih besar terhadap kesan perubahan iklim. COVID-19 telah membuktikan bahawa apabila berlaku perang antara manusia dan alam semula jadi, alam semula jadi pasti akan menang. Lebih banyak syarikat mula memandang serius masalah alam sekitar dan mula mencari jalan untuk memperbaiki keadaan secara kolektif untuk pembangunan sejagat.

Wabak COVID-19 telah meninggalkan impak besar terhadap cabaran ekonomi dan sosial yang pastinya meningalkan kesan kepada generasi akan datang. Kini pelabur mengambil lebih perhatian terhadap isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus ataupun ESG.

Rakyat Malaysia kini berpeluang mencapai matlamat pelaburan melalui pelaburan terhadap syarikat-syarikat seluruh dunia yang mementingkan faktor-faktor ESG (alam sekitar, sosial, dan tadbir urus).

Umat Islam tidak perlu berkompromi dengan kepercayaan agama dan keinginan mereka untuk melabur secara lestari, memandangkan prinsip asas Syariah dan pelaburan ESG sangat selaras dan akan meningalkan impak yang besar kepada alam semesta dan juga kepada generasi yang akan datang.

 

###

Disclaimer

You are advised to read and understand the fund’s product highlight sheet (PHS) and prospectus, including supplementals if any, prior to investing. If in doubt, you are advised to seek professional advice prior to investing in any unit trust fund.

BIMB Investment Management Berhad (276246-X)
Level 19, Menara Bank Islam,
No. 22 Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur
Malaysia