BIMB-ARABESQUE i GLOBAL DIVIDEND FUND 1

Feeder
Jenis Dana
Income, Growth
Tags
Global SRI
Tarikh Permulaan
5 November 2015
Tahun Kewangan Berakhir
31 Mac
Profil Risiko Pelabur
Risiko sederhana hingga tinggi
Pemegang Amanah
Deutsche Trustees Malaysia Berhad
(763590-H)
Penanda Aras
FTSE Shariah All-World Index
Pengurus
BIMB Investment Management Berhad
199301021508 (276246-X)
Objektif Pelaburan

Dana mempunyai  objektif untuk mencapai peningkatan modal dalam jangkamasa panjang.

Nota: Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan memerlukan kelulusan Pemegang Unit. 

Peruntukan Aset

Sekurang-kurangnya 90% daripada NAB Dana akan dilaburkan ke dalam Dana Sasaran dan Maksimum 10% daripada NAB Dana akan dilaburkan ke dalam aset cair Islam termasuk deposit Islam dan instrumen pasaran wang Islam.

Profil Pelabur

Dana ini sesuai terutamanya untuk pelabur yang:
  • mencari pendedahan kepada pasaran ekuiti global patuh Shariah;
  • mencari peningkatan modal;
  • mempunyai toleransi sederhana kepada berisiko tinggi; dan
  • tempoh pelaburan selama lima (5) tahun atau lebih.

Risiko Khusus yang Berkaitan dengan Dana

  • Risiko Pelaburan SRI
  • Risiko Pendekatan Pelaburan Kecerdasan Buatan (AI)
  • Risiko Pengelasan Semula Status Shariah
  • Risiko Penumpuan
  • Risiko Kecairan
  • Risiko Mata Wang
  • Risiko Negara
  • Risiko Pengurus Dana Sasaran

Polisi dan Strategi Pelaburan

Dana akan melabur sekurang-kurangnya 90% daripada NAB Dana ke dalam Dana Sasaran dan maksimum 10% daripada NAB Dana ke dalam aset cair Islam termasuk deposit Islam dan instrumen pasaran wang Islam. Dana ini akan mempunyai strategi pasif kerana semua keputusan pelaburan akan dibuat di peringkat Dana Sasaran.

Pengurus boleh mengambil posisi defensif sementara yang mungkin tidak selaras dengan strategi utama Dana, dengan mengurangkan pelaburannya dalam Dana Sasaran dan meningkatkan tahap kecairan Dana semasa keadaan pasaran yang buruk untuk melindungi kepentingan Pemegang Unit. Walau apa pun, Pengurus akan memastikan sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada NAB Dana kekal dilaburkan dalam Dana Sasaran pada setiap masa.

Polisi Pengagihan Pendapatan

Pengurus akan mengisytiharkan pengagihan tahunan (tertakluk kepada ketersediaan pendapatan) selepas tamat tahun kewangan pertamanya. Prestasi Dana akan diukur berdasarkan purata hasil pengagihan pendapatan sebanyak 6% setahun dalam tempoh 5 tahun.

Ini bukan pulangan yang dijamin dan hanya merupakan ukuran prestasi Dana. Dana mungkin atau  mungkin tidak mencapai kadar pertumbuhan 6% setahun dalam mana-mana tahun kewangan tertentu.