198801000556 (167913-M)
199301021508 (276246-X)
Objektif Pelaburan
Dana mempunyai objektif untuk memberikan pulangan pelaburan kepada pelabur melalui pelaburan dalam ekuiti global yang patuh Shariah dengan tumpuan pada sektor teknologi.
Nota: Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan Dana memerlukan kelulusan Pemegang Unit.
Peruntukan Aset
70% hingga 98% daripada Nilai Aset Bersih (”NAB”) –Ekuiti patuh Shariah, sekuriti berkaitan ekuiti patuh Shariah dan CIS Islam.
2% hingga 30% daripada NAB Dana –Instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam.
Profil Pelabur
- mencari peningkatan modal dalam tempoh sederhana hingga panjang;
- mencari pendedahan dalam pelaburan saham teknologi;
- mempunyai toleransi risiko yang tinggi; dan
- mempunyai horizon pelaburan sederhana hingga panjang.
Risiko Utama Melabur dalam Dana
- Risiko Kelestarian
- Risiko Klasifikasi Semula Status Shariah
- Risiko Penggantungan Permintaan Pembelian Semula
- Risiko Khusus Saham
- Risiko Negara
- Risiko Mata Wang
- Risiko Lindung Nilai
- Risiko Politik
- Risiko Peraturan
- Risiko Kadar Untung
- Risiko Rakan Niaga
- Risiko Sekuriti Berkaitan Ekuiti Patuh Shariah
- Risiko Kredit dan Kegagalan
- Risiko Transaksi Pihak Berkaitan
- Risiko CIS Islam
- Risiko Rakan Niaga OTC (Over-the-Counter)
- Risiko Keselamatan Berkaitan Teknologi
- Risiko Pelaburan SRI
Polisi dan Strategi Pelaburan
Dana ini akan melabur sekurang-kurangnya 70% dan sehingga 98% dalam ekuiti patuh Shariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Shariah di Malaysia serta syarikat asing di Pasaran Layak di mana bursa saham adalah ahli atau ahli bersekutu WFE.
Polisi Pengagihan Pendapatan
Pengagihan pendapatan (jika ada) adalah bersifat tambahan. Pengagihan, jika ada, adalah atas budi bicara Pengurus dan akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada ketersediaan pendapatan yang telah direalisasikan untuk diagihkan dan prestasi Dana.