Jenis Dana
Growth
Tags
SRI
Asia Pacific
Tarikh Mula
19 Januari 2018
Tahun Kewangan Berakhir
31 October
Profil Risiko Pelabur
Risiko sederhana hingga tinggi
Penanda Aras
FTSE Shariah Asia Pacific Index
Pengurus
BIMB Investment Management Berhad
(276246-X)
(276246-X)
Pemegang Amanah
SCBMB Trustee Berhad
(1005793-T)
(1005793-T)
Objektif Pelaburan
Dana mempunyai objektif untuk mencapai peningkatan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang.
Nota: Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan memerlukan kelulusan Pemegang Unit.
Peruntukan Aset
- 70% hingga 98% daripada Nilai Aset Bersih (”NAB”) Dana akan dilaburkan ke dalam ekuiti yang mematuhi Shariah yang disenaraikan di negara-negara Asia Pasifik, kecuali India dan Malaysia; dan
- Sekurang-kurangnya 2% daripada NAB Dana akan dilaburkan ke dalam aset cair yang mematuhi Shariah.
Profil Pelabur
Dana ini sesuai terutamanya untuk pelabur yang:
- mencari pendedahan kepada syarikat tersenarai yang patuh Shariah di rantau Asia Pasifik, kecuali India dan Malaysia, yang telah ditapis berdasarkan prestasi mereka dalam topik ESG dan prinsip-prinsip UNGC;
- mencari peningkatan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang;
- mempunyai toleransi risiko sederhana hingga tinggi;
- lebih suka tempoh pelaburan sederhana hingga jangka panjang.
Risiko Khusus Berkaitan dengan Pelaburan dalam Dana
- Risiko Kelestarian
- Risiko Pelaburan SRI
- Risiko Pengelasan Semula Status Shariah
- Risiko Spesifik Saham
- Risiko Kecairan
- Risiko Negara
- Risiko Mata Wang
- Risiko Politik
- Risiko Peraturan
- Risiko Peruntukan Aset Taktikal
- Risiko Waran
Polisi dan Strategi Pelaburan
Dana akan melabur ke dalam ekuiti patuh Shariah (sehingga 98% daripada NAB Dana) yang disenaraikan di negara-negara Asia Pasifik, kecuali Malaysia dan India.
Polisi Pengagihan
Pengagihan, jika ada, adalah atas budi bicara Pengurus dan akan berbeza dari semasa ke semasa bergantung kepada ketersediaan pendapatan yang direalisasikan untuk pengagihan dan prestasi Dana.