Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islami Malaysia (AIBIM) telah ditubuhkan pada 1995 sebagai Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF).
AIBIM mempunyai 26 bank ahli yang terdiri daripada 12 Bank Domestik, 3 Institusi Kewangan Pembangunan, 10 Institusi Perbankan Asing yang diperbadankan dan 1 Bank Islam.
myWakaf merupakan instrumen ekonomi yang berasaskan nilai filantropidi dalam menjayakan objektifnya iaitu memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka menerima perkhidmatan dan bantuan yang berkualiti dalam memenuhi keperluan mereka demi kemakmuran bersama.
Objektif utama myWakaf adalah:
- Mempunyai hubungan dinamik dan sinergi antara SIRC dan Bank Islam untuk menerajui pembangunan inovatif berkaitan wakaf.
- Mempertingkatkan ketelusan, akauntabiliti dan kawal selia berkesan ke atas hal-hal kewangan dana wakaf.
- Memaksimakan pembangunan wakaf dan saluran perbankan yang inovatif dan efektif.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif myWakaf, sila dapatkan di www.mywakaf.com.my